IkHLas FamiLy
Penerangan mengenai Takaful yang sesuai dengan PENDAPATAN, UMUR dan PEKERJAAN berlandaskan HUKUM ISLAM (0195146487)
Sunday, 3 March 2019
Info.Rakyat.Kini: Apa yang Anwar marah sangat PAS?
Info.Rakyat.Kini: Apa yang Anwar marah sangat PAS?: . ENTAHLAH! Habis-habisan dua hari sebelum PRK Semenyih semua tenaga, semua fikiran dan semua marahnya ditumpukan pada PAS, hingga seola...
Wednesday, 27 December 2017
PERNAH ANDA TERFIKIR..???
Gaji suami
👦 : RM3,000
Gaji isteri
👩 : RM3,000
TOTAL
👫 : RM6,000
Gaji isteri
TOTAL
Komitmen bulanan :
Bayar Rumah
🏡 RM800 (anggaran)
Kereta 2 biji
🚙
🚗 RM1000
Bil air/elektrik
🚰 RM200
Bil astro
📡 RM100
Bil phone
☎ RM200
Belanja anak-anak 👨👧 RM1000
Bayar Rumah
Kereta 2 biji
Bil air/elektrik
Bil astro
Bil phone
Belanja anak-anak 👨👧 RM1000
Total RM3,300
Balance tinggal lagi RM2,700 untuk 1 family belanja selama 1 bulan
😅
😅
😅
Bayangkan suatu hari nanti INCOME SUAMI @ ISTERI TERPUTUS SELAMA-LAMANYA disebabkan
1. Kematian (meninggal)
😑
2. Penyakit kritikal (kanser, jantung, buah pinggang)
🤕
3. Hilang upaya kekal (lumpuh)
♿
2. Penyakit kritikal (kanser, jantung, buah pinggang)
3. Hilang upaya kekal (lumpuh)
RM6,000 - RM3,300 = RM2,700
😟
😟
😟
😟
Akibatnya SUAMI @ ISTERI anda terpaksa menanggung 100% perbelanjaan yang ditinggalkan oleh anda!
😖
😖
😖
😖
😖
Gaji isteri RM3,000
Total perbelanjaan RM3,300
Minus RM300
Total perbelanjaan RM3,300
Minus RM300
Dan tidak ada lebihan langsung untuk isteri dan anak-anak buat belanja selama sebulan!
Hari ini kalau kita penat menunggu hari gaji tak kunjung tiba dan menahan nafsu untuk penuhkan impian keluarga, bayangkan bila kita dah tiada kelak.
Ibarat menunggu hari gaji yang tak kunjung tiba.
Adakah anda masih berkira2 untuk keluarkan 10% daripada gaji sebulan bagi menyediakan plan hibah buat keluarga tersayang???
Bayangkan jika anda tiada Perlindungan Takaful, apa akan jadi kenapa waris (anak isteri) anda?
LINDUNGI INCOME ANDA.
Musibah, ajal, sakit tak kenal sesiapa, rebutlah peluang BERTAKAFUL sebelum sesal kemudian hari.
----------------------------------------------
PM untuk Temujanji Takaful
----------------------------------------------
PM untuk Temujanji Takaful
----------------------------------------------
Friday, 26 February 2016
PEMBAZIRAN
MEMBAZIR ... ingat membazir ni utk wang & masa sahaja?
Sebenarnya terdapat banyak kalimah membazir di dalam
al-Qur'an. Selain kalimah "Membazir" atau "berlebihan"
diambil juga daripada kalimah "asrafa" yang berjumlah 23 kesemuanya.
Ia didapati pada 21 ayat, antaranya ialah:
إِنَّ الْمُبَذِّرِينَ كَانُوا إِخْوَانَ الشَّيَاطِينِ وَكَانَ
الشَّيْطَانُ لِرَبِّهِ كَفُورًا
"Sesungguhnya orang-orang yang membazir itu adalah
saudara-saudara Syaitan, sedang Syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat
kufur kepada Tuhannya."(QS. Al-Isra' : 27)
Malah dalam teks sebenar ini sifat membazir itu amat hina
sehingga ALLAH mempersaudarakan orang yang membazir itu dengan syaitan.
Tapi, kenapa antara
sifat2 mazmumah yang ada, sifat membazir jugak yang menjadikan seseorang
saudara syaitan?
Tidak lain dan tidak bukan
dalam diri orang yang membazir itu ada perasaan takabbur kerana tidaklah
seseorang itu membazir melainkan dia merasakan dirinya punya kelebihan. Dan
sesungguhnya sifat takabbur itu juga
ada pada syaitan.
وَإِذْ قُلْنَا لِلْمَلائِكَةِ
اسْجُدُوا لآدَمَ فَسَجَدُوا إِلا إِبْلِيسَ أَبَى وَاسْتَكْبَرَ وَكَانَ مِنَ الْكَافِرِينَ
Maksudnya:"Dan
(ingatlah) ketika Kami berfirman kepada malaikat: "Tunduklah (beri hormat)
kepada Nabi Adam". lalu mereka sekaliannya tunduk memberi hormat melainkan
Iblis; ia enggan dan takabbur, dan menjadilah ia dari golongan Yang
kafir." [Surah al-Baqarah : 34]
Tidaklah ALLAH
menghukum iblis itu kerana dia melakukan kesalahan. Nabi Adam a.s juga
melakukan kesalahan ketika memakan buah dari pohon terlarang di syurga namun
kerana sifat TAKABBUR yang ada pada iblis; merasai dirinya LEBIH dari yang
lain, maka ia dihukum. Namun samada sesorang itu takabbur atau tidak, ALLAH
jualah yang lebih mengetahui..
لاَ يَدْخُلُ الْجَنَّةَ مَنْ كَانَ فِي قَلْبِهِ مِثْقَالُ ذَرَّةٍ
مِنْ كِبْرٍ
Maksudnya :"Tidak akan masuk syurga seseorang yang
dalam hatinya ada sebesar zarah rasa takabbur"
PENCERAHAN :
Pembaziran
diambil dari sudut bahasa iaitu yang bermaksud boros. Manakala dari sudut
istilah syarak pula membawa maksud sesuatu yang dikeluarkan pada jalan yang
bukan hak (kebenaran).
Ibnu Mas’ud
menjelaskan bahawa pembaziran adalah perbuatan menafkahkan (mengeluarkan) atau
menggunakan harta pada jalan maksiat. Begitu juga takrif yang diberi oleh Ibnu
Kathir. Pembaziran sebagai perbuatan mensia-siakan nikmat Allah kepada
perkara-perkara maksiat yang melanggar perintah Allah S.W.T. Contoh,
mengeluarkan sejumlah duit yang bukan sedikit untuk membeli pakaian yang tidak
menutup aurat, berhibur di tempat-tempat hiburan yang melalaian seperti di
Karaoke Box dengan bercampur antara lelaki dan perempuan yang bukan muhrim dan
seumpamanya.
Ramai di kalangan
kita yang tersalah anggap hingga menyempitkan ruang lingkup pembaziran kepada
wang dan harta benda sahaja. Sesungguhnya konsep pembaziran itu sangat luas
skop dan ruang perbincangannya mencakupi perkara-perkara bersifat kebendaan dan
bukan kebendaan seperti perasaan, sikap dan seumpamanya.
Sekiranya
perkara-perkara tersebut dipergunakan pada jalan sia-sia serta dilarang oleh
Allah S.W.T, maka ia termasuk di dalam pembaziran. Mereka yang suka membazir
dan boros ini sebenarnya tergolong di dalam kalangan orang-orang yang tidak
tahu bersyukur dengan nikmat pemberian Allah S.W.T (kufur nikmat)
Syeikh Ibnu
al-Qayum al-Jauziyah mengatakan terdapat sembilan bentuk pembaziran yang sering
dilakukan manusia antaranya:
1. Pembaziran
ilmu pengetahuan - iaitu membazir jika tidak diamalkan pada jalan kebaikan.
2. Pembaziran
amalan - iaitu membazir jika tidak dilakukan dengan hati yang ikhlas
3. Pembaziran
kekayaan - iaitu membazir jika dibelanjakan pada perkara yang tidak bermanfaat
dan tidak diredai Allah SWT.
4. Pembaziran
hati - iaitu membazir jika kosong daripada kasih kepada Allah SWT.
5. Pembaziran
tubuh badan - iaitu membazir jika tidak digunakan untuk beribadah kepada Allah
SWT.
6. Pembaziran
cinta - iaitu membazir jika dicurahkan kepada selain Allah atau melebihi cinta
kepadaNya.
7. Pembaziran
masa - iaitu membazir jika tidak diurus dengan sebaiknya.
8. Pembaziran
akal - iaitu membazir jika tidak memikirkan sesuatu yang bermakna kepada Agama.
9. Pembaziran
zikir - iaitu membazir jika tidak memberi kesan kepada hati.
Rasulullah ﷺ
melarang amalan pembaziran dan tidak pernah melakukan sesuatu yang melampaui
batas. Perkara ini ada dijelaskan dalam hadis: “Ketika Mu’awiyah berkunjung ke
Kufah, maka Abdullah bin Amr bercerita mengenai Rasulullah ﷺ,
katanya Rasulullah ﷺ tidak pernah melampaui batas dan tidak
pernah melakukan perkara keji. Beliau juga berkata: Rasulullah ﷺ
bersabda: “Sesungguhnya orang yang paling baik antara kamu adalah orang yang
paling baik budi pekertinya.” (Hadis riwayat al-Bukhari).
.
Rasulullah ﷺ
bersabda : “Tidak akan berganjak dua tapak kaki manusia pada hari kiamat sehinggalah
dia disoal tentang empat perkara. Mengenai umurnya kemanakah dihabiskan
umurnya? Mengenai ilmunya, apakah yang sudah dilakukan dengan ilmunya? Mengenai
hartanya, dari sumber manakah dia perolehi dan jalan manakah dia belanjakan?
Dan tentang tubuh badannya, apakah yang telah dia lakukan?” (Hadis Hasan Sahih
riwayat Tirmizi)
KESIMPULAN :
Begitu juga
pembaziran boleh berlaku kepada diri kita tanpa kita sedari. Contohnya, berapa
banyak masa yang telah kita bazirkan dengan media sosial yang kita rasakan sangat
bermanfaat ini daripada masa yang sama kita gunakan untuk membaca Al-Quran. Ada
orang yang tak boleh berenggang langsung dengan gajet media sosial ini. Waktu
makan, waktu di rumah, waktu rehat mahupun ketika waktu bekerja sekalipun,
sehinggakan sebelum dan selepas solat sahaja terus melihat-lihat pada gajet
kot-kot ada mesej penting. Lebih penting daripada berwirid dan
beristighfar kepada Allah. Allahu Allah !
ELAKKAN GEJALA PEMBAZIRAN WAKTU
Masa atau waktu adalah sesuatu yang dipandang tinggi oleh
Islam. Kepentingannya jelas dilihat di dalam al-Quran bila Allah SWT sering
bersumpah dengan masa ketika memulakan surah-surah al-quran; ..., Demi masa,
..., Demi waktu Fajar, ..., Demi waktu Dhuha, ..., Demi waktu Malam dan
sebagainya.
Tentu sekali semua detik waktu yang disebut di dalam
al-Quran ini mengandungi maksud yang penting sehingga Allah SWT bersumpah
dengannya. Padanya juga ada hikmah
yang besar bagi hamba-hamba Allah yang dapat menghayatinya. Namun ramai manusia
mengabaikan kepentingan waktu di sepanjang kehidupan mereka.
Hadis daripada
Ibnu Abbas R.A bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda:
"Dua nikmat yang ramai manusia sering lalai dengannya;
sihat dan waktu lapang". (Riwayat al-Bukhari)
Benarlah sabda baginda. Kita sering leka dan membuang masa.
Kerisauan terhadap gejala membazir masa dalam masyarakat kita semakin jelas
kelihatan khususnya di musim cuti persekolahan. Ramai para pelajar dan remaja leka dan membuang masa tanpa sebarang
aktiviti berfaedah sepanjang cuti. Cuba perhatikan apakah yang mereka
lakukan. Apakah ia aktiviti bermanfaat atau hanya membazir masa? Antara
aktiviti mereka ialah melepak bersama rakan-rakan sepanjang hari, merambu
dengan dengan motosikal tanpa tujuan, menghadap internet dan bersembang di
laman sosial berjam-jam lamanya, berhibur, dan bergaul bebas antara remaja
lelaki dan wanita tanpa batasan.
Apakah pengisian masa sebegini wajar dijadikan budaya? Di
manakah nilai waktu dalam kehidupan kita? Mengapakah kita gagal mengisi masa dengan tepat dan sempurna? Kenapa kita
terus membazirkannya tanpa rasa rugi atau berdosa?
Sebenarnya semua
ini berpunca dari kurangnya kesedaran ibu bapa dan remaja sendiri tentang
kepentingan menghargai waktu. Justeru, mari kita lihat mengapa Islam
sangat menitik beratkan persoalan menghargai waktu, sebagaimana berikut :
Pertama : Masa
dan waktu adalah sesuatu yang amat berharga. Setiap detik yang telah dibazirkan
berlalu tidak mungkin dapat diganti atau dibayar dengan apa jua pun untuk
mengembalikannya. Ingatlah, kegagalan mengisi masa dengan sesuatu yang
bermanfaat bermakna kita telah membuang sesuatu yang sangat berharga yang tiada
ternilai harganya.
Kedua : Masa
adalah usia kita. Usia kita pula adalah modal hidup yang telah ditentukan
kadarnya. Ia perlu diisi untuk menentukan kejayaan hidup kita di dunia dan di
akhirat kelak.
Tidakkah kita
sedar hakikat ini? Seharian yang kita abaikan tanpa sebarang ilmu, kerja, amal
ibadah atau apa juga kebaikan bererti ia telah dibiar lenyap pergi memamah usia
kita. Inilah yang akan mengundang penyesalan yang tiada kesudahan di akhirat
kelak. Firman Allah SWT dalam Surah Al-Mukminun ayat 99 dan 100:
"Kesudahan
golongan yang ingkar itu apabila sampai ajal maut kepada salah seorang antara
mereka, berkatalah dia, "Wahai Tuhanku, kembalikanlah aku (hidup semula di
dunia); Supaya aku mengerjakan amal-amal yang soleh yang telah aku
tinggalkan". Tidak! Masakan dapat? Sesungguhnya perkataannya itu hanyalah
ungkapan yang sengaja dia lafazkan, sedangkan di hadapan mereka ada dinding
(penghalang mereka ke dunia) sehingga hari mereka dibangkitkan semula".
Ketiga : Masa
adalah nikmat yang akan dihisab dan dipertanggungjawabkan di akhirat. Kita akan
dipersoalkan terhadap perlakuan kita di setiap detik yang dilalui.
Hadis daripada
Abu Barzah al-Aslamiy R.A bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda;
"Tidak akan berganjak kedua-dua kaki seorang hamba pada
hari Kiamat sehingga dia ditanya tentang umurnya pada apa dia habiskan, tentang
ilmunya apakah telah dia amalkan, tentang hartanya dari mana dia perolehi dan
ke mana dia belanjakan dan tentang tubuh badannya pada perkara apa dia
gunakan". (Riwayat at-Tirmidzi)
Monday, 23 November 2015
Mencipta kembali Harapan
Bukan semua kisah hitam kita akan terus menjadikan hidup kita hitam.
berusahalah untuk kita melepaskan masa silam itu
untuk kembali bangkit mencipta sebuah harapan dari sebuah kegagalan.
bermacam kisah kehidupan masyarakat diluar sana yang kita dapat lihat
mereka menjadikan sebuah kegagalan itu semangat yang sangat tinggi untuk berjaya.
adakah kita ingin menjadi seperti mereka?
atau kita hanya ingin terus hidup dengan kegagalan lampau kita sahaja.
bersyukurlah kita walau sebanyak manapun kegagalan yang telah kita hadapi
pasti ada yang lebih teruk dari kita lagi.
jangan kita hanya lihat mereka yang berjaya tapi lihatlah mereka yang sedang berusaha untuk berjaya
bersamalah kita bersama mereka.

Thursday, 3 September 2015
Lima Perkara yang Tidak Dilakukan oleh Orang yang Berjaya
Lima
Perkara yang Tidak Dilakukan oleh Orang yang
Berjaya
Terdapat berjuta perkara yang menyumbang
kepada kejayaan anda: sikap anda, kemahiran orang anda dan kebolehan anda untuk
memimpin, dengar dan ambil tanggung jawab, untuk menamakan
beberapa.
Tetapi yang sangat
penting yang tidak diketahui orang ramai ialah kemampuan untuk mengawal emosi
dan bertenang walaupun dalam tekanan,
1) Mereka
tidak hidup di masa lampau
Orang yang cerdas emosinya tahu yang
kejayaan terletak pada kebolehan mereka untuk bangkit dari kegagalan, dan mereka
tidak boleh lakukannya apabila mereka hidup di masa lampau," «Apa sahaja yang
bernilai untuk dicapai memerlukan anda untuk mengambil risiko, dan anda tidak
boleh membenarkan [kegagalan silam] untuk menghentikan anda dari percaya
kebolehan anda untuk kejayaan.»
Apabila anda hidup di masa lampau,
itulah yang akan terjadi — dan hampir mustahil untuk bergerak ke
hadapan.
2) Mereka
tidak menyentuh mengenai masalah atau menyimpan
dendam
."Apabila anda menumpukan pada masalah
yang anda hadapi, anda mewujudkan dan melanjutkan emosi negatif dan tekanan,
sehingga menghalang prestasi. Apabila anda menumpukan pada tindakan untuk
memperbaiki diri dan keadaan anda, anda mewujudkan rasa keberkesanan peribadi
yang menghasilkan emosi positif dan meningkatkan
prestasi.»
Orang dengan emosi
yang cergas menumpukan kepada penyelesaian, Dan mereka jarang menyimpan
dendam.
Kenapa?
Apabila anda mengenang kembali peristiwa
atau perbualan yang membuatkan anda marah, «anda [menghantar] badan anda ke
dalam mod pergaduhan atau penerbangan,"
«Apabila ancaman akan berlaku,
reaksi ini perlu untuk kehidupan anda, tetapi apabila ancaman adalah sejarah
lama, menyimpan tekanan itu akan mencetuskan malapetaka kepada badan anda dan
boleh menyebabkan kesan kesihatan yang buruk dari masa ke
masa.»
Orang dengan emosi yang cergas tahu yang
tekanan dan reaksi negatif akan menjejaskan kejayaan mereka — jadi mereka
mengelakkan menyimpan dendam apa cara sekalipun,
katanya.
3) Mereka
tidak mengutamakan kesempurnaan
Orang
yang berjaya tidak mensasarkan kesempurnaan sebab mereka tahu ia tidak
wujud.
«Manusia, secara
semula jadinya, membuat silap,". «Apabila kesempurnaan ialah matlamat anda, anda
sentiasa akan tinggal dengan rasa sungutan kegagalan, dan anda akhirnya
menghabiskan masa anda dengan keluhan apa yang anda gagal capai dan apa yang
anda patut lakukan dengan cara yang berlainan dan bukannya menikmati apa yang
anda mampu capai.»
4) Mereka
tidak mengelilingi diri mereka dengan orang yang
negatif
Orang yang negatif —
atau mereka yang sentiasa mengadu — adalah toksik.
«Mereka bergelumang dengan masalah
mereka dan gagal untuk fokus pada penyelesaian," «Mereka mahukan orang untuk
menyertai dan kasihankan mereka supaya mereka boleh merasa lega tentang diri
mereka.»
Sudah menjadi kewajipan sifat manusia
untuk mendengarkan perungut kerana kita tidak mahu dilihat sebagai tidak
sensitif atau tidak sopan,
«Tetapi terdapat
garisan halus diantara mendengar simpati dan ditarik ke dalam lingkaran emosi
negatif mereka.»
anda boleh mengelak daripada ditarik ke
dalam dengan menetapkan had dan jarakkan diri anda dari mereka. «Fikirkan
begini. Jika seseorang sedang merokok, mahukah anda duduk di situ sepanjang hari
untuk menghidu asap terpakai itu? Anda jarakkan diri anda, dan anda harus
berbuat perkara yang sama dengan perungut.»
5) Mereka
tidak setiap masa berkata «ya» kepada semua
orang
Kajian mendapati semakin susah untuk
anda berkata «tidak,"berkemungkinan besar anda akan mengalami tekanan, murung
dan letih, katanya.
«Berkata tidak
merupakan satu cabaran besar untuk kebanyakan orang. [Ia] adalah perkataan yang
berkuasa yang akan tidak patut takut gunakan.»
Katakan «tidak» bila perlu kepada
permintaan, orang yang berjaya tidak cakap berlapik. Mereka biasanya berterus
terang dan mengelak dari menggunakan perkataan «Saya rasa saya tidak boleh,"
kata Bradberry.
«Berkata ‘tidak' kepada komitmen yang
baru kepujian anda dan memberikan anda peluang untuk berjaya
memenuhinya.»
Sunday, 17 March 2013
KEMBALI
assalamualaikum
salam sejahtera dan apa khabar buat semua sahabat prudential? diharapkan anda semua dalam keadan yang baik dibawah keredaanNya.
sudah lama kita tidak bertamu diruang ini. maaf saya sibuk sedikit dengan kerja baru.
tapi semangat untuk membantu anda semua masih kuat. alhamdulillah dapat kita bertamu lagi pada hari ini.
bertamu untuk berkongsi pengalaman.
kepada yang masih belum ada plan perlindungan takaful, eloklah anda mengambilnya dengan kadar yang segera kerana banyak manfaat yang akan anda terima dari plan prudential takaful.
untuk maklumat lanjut anda boleh berhubung terus dengan saya MOHD ARIFF ditalian 0195146487
saya akan menceritakan apakah benefit yang anda akan terima dari plan perlindungan takaful yang akan anda ambil.
jangan takut untuk melabur sekarang kerana benefit yang akan anda terima pada masa hadapan adalah sangat besar dan banyak manfaatnya. kini hanya segelintir sahaja yang memikirkan akan masa hadapannya tetapi lebih banyak yang memikirkan untuk jangka pendek. apa yang akan anda dapat esok. tapi x terfikirkan anda tentang keluarga dan tanggunggan anda jika apa2 yang tidak diingini berlaku kepada diri anda.
pengalaman yang terbaru dari rakan saya, seorang pelanggan yang telah mengambil plan perlindungan takaful ini untuk diri dan keluarganya dan takdir ALLAH hanya sempat untuk membayar sekali sahaja dan selelpas itu ALLAH telah mengambilnya kembali kepadaNya. apa yang telah keluarganya terima dari plan perlindungan takaful ini adalah sangat membantu kerana isterinya juga tidak mempunyai pendapatan tetap. dan apa yang diterimanya dapat memberi ruang kepadanya untuk mendapat kekuatan untuk kembali meneruskan kehidupannya. begitu juga dengan anak2nya kerana mereka tidak perlu membayar untuk plan takaful yang telah diambil oleh bapa mereka tetapi plan itu masih ada sehingga mereka berumur 25 tahun dengan percuma sahaja.
berdasarkan pengalaman itu banyak pengajaran yang boleh kita ambil. janganlah anda berlengah lagi berbuatlah sesautu dari sekarang, kerana kita tidak tahu apa yang akan berlaku hari esok.
untuk malumat lanjut tentang plan ini dan berbagai lagi plan yang kami tawarkan kepada anda sila hubungi saya
MOHD ARIFF
0195146487
Sekian
smile always... :)

Friday, 4 January 2013
2 + 1
assalamualaikum
buat semua sahabat2 Prudential Family
terima kasih atas keperhatinan anda dan kesetiaan anda bersama-sama kami
tajuk kali ini membicarakan dua pekara dalam satu pekara
mungkin ada yang akan pening
tapi harap anda akan terus bersama kami
ini kerana dalam kita mengambil takaful ini bukan hanya dua tapi lebih manfaat yang kita akan dapat
mungkin kita tidak dapat melihat kesan itu
tapi semua ketentuan hidup kita adalah ALLAH sahaja yang tahu
kita hanya merancang tetapi ALLAH yang menentukannya
Musibah x kira dimana sahaja kita berada
dan kitika itu sebanyak mana yang kita ada untuk menghadapi musibah itu
apakah persediaan kita
cukup kayakah kita untuk menghadapi masa depan yang tiada ketentuan?
Ya rezeki itu datang dari Allah tapi kita yang patut berusaha untuk medapat rezeki itu
tapi anak isteri dan keluarga kita yang tiada punca pendapatan dan hanya bergantung kepada kita sahaja
apa yang dapat mereka lakukan dalam masa yang terdekat ini?
hanya berharap bantuan orang sebelum boleh berusaha sendiri
itulah realiti
kita dapat lihat apa yang sahabat2 atau orang2 terdekat yang bersama dengan kita hadapi
indahnya dunia ini
indah lagi kalau kita dapat melaluinya dengan kesederhanaan dan persiapan yang rapi..
Saya ucapkan selamat berusaha untuk sahabat semua dan fikir-fikirkanlah

Subscribe to:
Comments (Atom)