Friday, 16 November 2012

Akhbar Hari Ini

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Asapjanakuasapuncakematian4beranak/Article/index_html

Betong: Asap daripada set jana kuasa dipercayai punca empat beranak meninggal dunia tiga hari lalu sebelum mayat mereka ditemui kelmarin.

Hasil bedah siasat Hospital Betong mendapati kandungan oksigen dalam otak dan badan semua mangsa yang tinggal di Kampung Lubuk Chepung, Pusa, mengalami penurunan mendadak sebelum meninggal dunia. 


Ketua Polis Daerah Betong, Deputi Superintendan Sarifuddin Mustafa, berkata set jana kuasa di rumah mangsa masih berfungsi ketika anggota polis memasuki kediaman itu jam 6.40 petang kelmarin, manakala semua pintu dan tingkap pula terkunci dari dalam. 


Mayat Zaidi Pandi, 62, yang masih memakai baju Melayu, berkain pelikat dan berkopiah, ditemui terbaring atas sejadah bersebelahan mayat anaknya, Atikah, 27. Mayat isteri Zaidi, Tiah Sauti, 53, ditemui di bilik tidur utama, manakala anak lelaki mereka, Kazil, 20, ditemui mati di bilik tidurnya.

Dalam kejadian itu, adik Zaidi, Omar, 39, ke rumah keluarga berkenaan untuk menghantar kari ayam apabila terhidu bau busuk dan melihat darah menitis dari bawah rumah kayu terbabit lalu melaporkan kepada polis. Pemeriksaan polis mendapati tiada tanda pecah masuk, malah barang kemas, telefon bimbit serta wang milik mangsa, tidak diusik.

Polis sebelum itu terpaksa memecahkan pintu di bahagian dapur sebelum dapat memasuki rumah terbabit yang bergelap dan menemui mayat semua mangsa dalam keadaan sudah berulat.

Sarifuddin berkata, mangsa dipercayai membawa masuk set jana kuasa ke dalam rumah kerana kampung itu dinaiki air hampir satu meter akibat air pasang besar dan hujan lebat pada malam kejadian. 
Kita dimaklumkan Zaidi mempunyai latar belakang agama yang kuat, sudah menunaikan haji serta disenangi masyarakat. Selain itu, kita juga tidak menemui sebarang kesan mencurigakan di sekeliling rumah mangsa. Jadi setakat ini, kes ini diklasifikasi mati mengejut, katanya.

Penduduk, Abdul Latiff, 48, berkata Zaidi yang mengusahakan kantin di Sekolah Menengah Agama Sri Aman, Saratok, selain perniagaan katering dan mempunyai kolam ikan, kali terakhir dilihat di pekan Saratok, pagi Isnin lalu dan mangsa juga sering bersolat jemaah di Masjid Demak, Saratok bersama anak lelakinya.

Kedudukan rumah mangsa agak jauh dari rumah penduduk lain dan 300 meter dari pekan Saratok menyebabkan kejadian menimpa mereka lewat diketahui, katanya.

Ajal maut ketentuan ALLAH, kita hambaNya hanya berdoa agar kita mati dalam husnul Khatimah.diberikan hidayah ALLAH
sebelum kita meninggal dunia pastikan persediaan itu cukup, jangan tinggalkan orang yang tersayang dalam tergapai-gapai untuk mengharungi hidup ini
tambahan pula yang kita tinggal itu anak2 yang masih kecil dan masih memerluka satu kehidupan yang memastikan hidup ini masih mempunyai sinar yang cerah untuk mengharungi hidup ini

silalah berbuat demikian dengan kadar yang segera dengan menghubungi saya
bukan mahu mengambil duit anda tapi ingin membantu anda menyimpan dan memastikan keluarga anda dapat menikmati hidup yang selesa dimasa hadapan

MOHD ARIFF
0195146487


Wednesday, 14 November 2012

Berdebar-debar Hatiku

tajuk jer pelik,
sampai nak tulis apa pun x tahu
hahhaha
itulah resmi orang menulis blog, kena cari tajuk yang biar nampak gempak sikit
baru orang nak baca.

kembalilah kepada tujuan asal menulis hari ini
ini berdasarkan pengalaman saya semalam
perjalan semalan untuk melakukan rutin harian mencari insan yang mempunyai kesedaran untuk memiliki perlindungan takaful untuk diri dan keluarga
memang semalam nasib kurang baik la sikit..
bermacam macam dugaan
tapi itulah dugaan untuk orang yang nak berjaya
menggunakan skuter yang sama selama ini x pernah ada orang saman tetiba jer semalam kena saman ngan JPJ
dah memang nasib kot nak sedekat duit dekat JPJ  tapi terima jer la..
nak bayar hari ini JPJ tutup la plak
jadi tunggu la esok.

meneruskan perjalan ke SOGO bersama team Prudential Family
mencari sahabat-sahabat baru untuk takaful ini
ketika melayan perasaan untuk kesana hampir terjatuh kedalam longkang nasib baik la saya cepat tersedar dari lamunan... hahahah apa la nak jadi bawa motor pun boleh mengelamun.. adat la tu berangan nak kaya cepat kot... ahahhaha

seterusnya tinggalkan cerita itu kerana saya selamat dan untuk kejadian yang terakhir hari semalam adalah dua buah kereta kemalangan dihadapan mata saya dengan sebiji motosikal
nasib baiklah ketika itu saya memandu skuter saya dengan perlahan sahaja
kalau tidak saya juga pasti terlibat sama, sempat juga la saya brek..
niat nak berhenti tolong tapi memikirkan semakin ramai yang berhenti dan menolong saya mematikan niat itu nanti keadaan menjadi lebih sesak lg sebab berlaku kejadian itu dilorong tengah sekali...
saya turut bersimpati dengan sahabat yang terlibat dalam kemalangan itu
moralnya kemalangan berlaku x kira kita berhati atau tidak berhati kerana  sahabat yang lain juga salah satu punca kita terlibat sama dalam kemalangan itu...

nasihat saya disini lindungilah dan jagalah diri kita setiap masa
berhati hati ketika memandu dan yang paling utama mesej yang ingin saya sampaikan disini adalah
kepada sahabat yang masih belum mempunyai perlindungan takaful untuk diri dan keluarga sila berbuat demikian dengan kadar yang segera kerana kita tidak dapat menjangka setiap yang berlaku itu
untuk maklumat lanjut anda bolehlah berhubung dengan saya
ditalian :

0195146487
MOHD ARIFF

Saturday, 3 November 2012

Rugikan ambil insuran?



Yela… Bayangkan tiap2 bulan bayar RM100, RM200..baik kita simpan kat ASB ke..ada jugak la pulangan 8%setahun.
Simpanan selama 10tahun, jika RM200, selepas 10 tahun mampu mencapai RM24,000, dianggarkan dividen terkumpul(jika duit tidak diusik) hampir RM13,000 menjadikan simpanan anda RM37,000.
Simpanan ini juga adalah bertujuaan untuk pengeluaran semasa kecemasan, mahupun mungkin untuk pembelian barang, keluar negeri, menunaikan haji/umrah atau apa sekalipun bergantung kepada kehendak penyimpan.


Tetapi andai berlaku musibah (Kematian, Kemalangan, Kurang Upaya), adakah anda akan mengeluarkan simpanan ini? Jika tidak cukup bagaimana?


lagi satu ialah penyakit kanser, penyakit ini memerlukan rawatan yang berterusan,
adakah simpanan kita dalam akaun cukup untuk menampung perbelanjaan harian kita disamping kos rawatan kita yang semakin meningkat dari sehari.
janganlah kita biarkan hidup kita dibelenggu dengan hutang atau bebanan keewangan yang tinggi..
ambil langkah segera.
hubungi saya

MOHD ARIFF
0195146487

untuk mendapat maklumat lengkap bantuan keewang dimasa susah tanpa memberi tekanan kepada keluarga kita..

Thursday, 1 November 2012

BEriTa harI ini


apapun jua pekerjaan kita, kita terdedah kepada bahaya, seperti gambar diatas...
jagalah diri kita, lindungilah diri kita. 
buatlah persediaan sebelum apabila berlaku apa2 keatas diri kita ini.
lindungilah keluarga anda, jangan biarkan hidup mereka tergapai-gapai..
ambilah perlindungan takaful dengan kami..

SMS or CALL selarang
MOHD ARIFF
0195146487

saya akan terangkan kepada anda sengan lebih terperinci lagi
bagaimana untuk anda melindungi diri dan keluarga anda
apabila anda ditimpa musibah
setiap musibah itu ketentuan ALLAH x dapat untuk kita mengelak
tapi boleh dielakkan dan dilindunginya..

cara dah ada yang tinggal kini hanya usaha daripada anda sahaja
jangan biarkan ianya terlambat sebelum anda bertindak
ambillah PELUANG yang ada ini

SEkian

Tuesday, 30 October 2012

AKBAR HARI INI...

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Kanserpayudaraancam700_000wanitaMalaysia/Article

Rajin-rajin lah untuk klik link diatas
ini adalah artikel yang dipost pada hari ini dalam BERITA HARIAN 31/10/2012
bagi yang malas nak klik link kat bawah ini aku dah copy and paste kan
korang leh la baca...

apa la sebab aku post ini..
ini bukan cerita main2 ini kes betul punya dan ianya melibatkan orang yang dekat dengan kita dan diri kita juga. yang lelaki tu jangan kata plak yang bukan dia,
tapi lelaki juga boleh dapat kanser ini..

bila dah kena kanser ini insyaALLAH jika belum terlambat akan boleh diubati
oleh itu sentiasalah kita menjaga diri kita..
tapi macam mana nak ubati dengan kos yang tinggi padahal kita ini bukan lah kaya sangat
lagipun kos untuk mengubati penyakit ini adalah berterusan
hidup atau mati itu kerja ALLAH
yang penting kita berusaha

tujuan saya menulis ini adalah juga untuk membantu anda untuk mengubati penyakit kita
walaupun kita bukan orang yang senang
bukan dengan meminjam tapi dengan menabung
dan duit yang kita guna untuk mengubati penyakit itu akan sentiasa membantu kita
dimasa kita sakit...
kalau anda ini tahu lebih lanjut hubungilah saya

MOHD ARIFF BIN AHMAD
0195146487

saya sedia membantu anda
jalan dah ada hanya tunggu usaha anda sahaja
pilihan yang bijak hanya pada anda



Kanser payudara ancam 700,000 wanita Malaysia


Kuala Lumpur: Seramai 700,000 wanita di Malaysia berisiko mendapat kanser payudara dalam hayat kehidupan mereka.

Maklumat berkenaan dikongsi Perdana Menteri, Datuk Seri najib Razak, menerusi laman Facebook beliau semalam. Menurut paparan maklumat bertajuk ‘Kanser Payudara di Malaysia’ itu, jumlah berkenaan bersamaan dengan seorang daripada setiap 20 wanita, malah penyakit berkenaan adalah ancaman utama kepada 14 juta penduduk wanita di negara ini. 


Pemeriksaan mamogram penting

Justeru, pengesanan kanser payudara pada peringkat awal membolehkan penyakit itu dirawat dengan lebih berkesan, yang mana empat kaedah untuk tujuan itu ialah pemeriksaan sendiri, melaporkan perubahan payudara kepada doktor, pemeriksaan oleh doktor dan mamogram atau x-ray payudara.

Mamogram amat berguna bagi wanita berumur antara 50 dan 69 tahun, ia disyorkan dibuat sekali setiap dua tahun dengan kos sekitar RM180 hingga RM250 bagi setiap pemeriksaan.

Dalam Bajet 2013, kerajaan mengumumkan perkhidmatan pemeriksaan mamogram percuma bagi wanita berumur 40 tahun dan ke atas untuk meringankan beban kos rakyat membabitkan peruntukan RM25 juta. 
Kemudahan itu dijangka memberi manfaat kepada 100,000 wanita di negara ini.



Sunday, 28 October 2012

Mengapa Perlunya Takaful?


Setiap insan mengimpikan kehidupan yang baik. Dalam konteks Islam, kehidupan yang baik adalah yang seimbang dengan wujudnya gabungan unsur kerohanian dan kebendaan dalam kegiatan harian seseorang.

Untuk mencapai kehidupan baik di dunia dan akhirat, kita perlu juga memikirkan perancangan kewangan. Rasulullah s.a.w pernah berpesan, rebutlah lima perkara sebelum datang lima perkara, iaitu
  • masa muda sebelum masa tua
  • sihat sebelum sakit
  • masa berharta sebelum masa miskin,
  • lapang sebelum sibuk
  • masa hidup sebelum mati
(Imam Nawawi)

Maka sewajarnyalah hadis ini diaplikasikan untuk kebaikan dengan perancangan kewngan yang bijak. Bijak merancang dan menguruskan kewangan adalah unsur penting membentuk keluarga sejahtera dan stabil. Walaupun wang bukan segala-galanya tetapi ia mempunyai kaitan secara langsung dengan kesejahteraan bagi memenuhi keperluan asas dalam kehidupan. Perancangan dan pengurusan kewangan keluarga membabitkan perbelanjaan, perlindungan daripada risiko, simpanan dan pelaburan. Mengurus kewangan membolehkan keluarga menyedari matlamat dan berusaha mencapai matlamat dengan sumber kewangan yang ada. Pengurusan kewangan juga membolehkan keluarga mampu menghadapi cabaran atau kejadian yang tidak diduga selain membentuk disiplin diri dan sikap bertanggjungjawab terhadap kehidupan masa kini dan akan datang.

Amalan menabung antaranya merupakan sesuatu yang dituntut dalam Islam sebagaimana hadis Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
Semoga Allah memberikan rahmat kepada orang yang berusaha dengan cara yang baik, berbelanja dengan sederhana dan menabung apa yang lebih (setelah memberi nafkah) untuk saat-saat dia yang memerlukannya nanti
(riwayat Imam Bukhari dan Muslim)

Islam amat menitikberatkan kebajikan dan kesejahteraan umatnya. Untuk membantu mana-mana ahli masyarakat yang mengalami kemalangan atau kerugian, satu kardah berkongsi risiko yang berdasarkan konsep tabarru' diperkenalkan melalui sistem takaful.

Sistem takaful adalah sebagai suatu jalan ikhtiar bukan bererti melawan takdir atau tidak percaya kepada qada' dan qadar yang merupakan salah satu rukun iman - jauh sekali daripada mencabar ketentuan Allah. Sebaliknya perbuatan berserah semata-mata tanpa berikhtiar adalah bertentangan dengan tuntutan Islam.

Melalui kaedah takaful yang merupakan salah satu jalan ikhtiar untuk mengelak daripada berlakunya kemudaratan ke atas diri dan keluarganya. Amalan ini amat dituntut dalam islam kerana Islam amat mengutamakan prinsip saling bekerjasama dalam perkara-perkara kebajikan dan kebaikan

Sabda Rasulullah s.a.w.
Sesungguhnya seseorang yang beriman ialah sesiapa yang memberi keamanan (keselamatan dan perlindungan) terhadap harta dan jiwa raga manusia
(riwayat Ibn Majah)

Sabda Rasulullah s.a.w.

Orang-orang yang paling disukai Allah adalah mereka yang paling banyak manfaatnya (bagi orang lain), dan amalan yang paling baik dilakukan oleh seseorang ialah; memasukkan rasa kebahagian ke atas seorang Muslim, menyelamatkannya dari penderitaan, melunaskan hutangnya atau mengusir rasa kelaparan daripadanya. Sesungguhnya aku sangat suka berjalan dengan seorang Muslim demi menunaikan hajat (keperluannya) daripada aku duduk di dalam masjid bebulan lamanya
(riwayat at-Tabrani)

Kenapa perlu amik Takaful Prudential BSN?


1) Takaful tidak mempunyai riba dan medical benefit dia memang banyak. 
Lagi banyak jumlah plan yang kita amik, lagi banyak benefit yang kita boleh dapat. Prudential Takaful membantu kawan-kawan yang mengalami kesusahan untuk mendapat benefit itu. 

2) Client boleh mendapat bonus sekiranya tidak claim apa-apa selama setahun.
Sekiranya kawan-kawan tidak claim apa-apa dalam masa setahun, kebaikan yang boleh kawan2 terima adalah menerima bonus dari prudential sendiri sebanyak mana jumlah yang telah anda invest selama sebulan. Buat masa ini belum ada lagi insurans yang sanggup memberi bonus kepada pelanggannya sendiri. Sebab itu dikatakan prudential takaful BSN ni mempunyai keunikan dan keistimewaannya tersendiri.

3) Membantu kepada pasangan yang sudah berkahwin untuk mendapatkan plan pendidikan anak-anak mereka.
Kepada pasangan yang mempunyai anak, adalah lebih baik mengambil plan takaful yang cover medical + pendidikan anak-anak. Kenapa? Kerana kita tidak tahu apa akan jadi pada masa hadapan. Zaman sekarang ni begitu banyak peluang belajar yang telah dilaksanakan oleh kerajaan untuk melahirkan generasi yang berintelek dan berpengetahuan di dalam pelbagai bidang. Namun salah satu sebab kenapa ramai kanak-kanak atau remaja yang tidak mampu untuk menyambung pelajaran adalah disebabkan kerana kos pembelajaran yang semakin meningkat. Walaupun mempunyai banyak agensi-agensi yang boleh memberikan loan kepada pelajar tetapi interest yang tinggi boleh menyusahkan para pelajar yang baru grad untuk melangsaikan hutang mereka. Jadi, dari sekarang la kita perlu menyimpan untuk masa depan anak-anak kita. Nanti bila dah sampai jangka masa umur, duit simpanan pendidikan itu boleh digunakan untuk keperluan mereka. Tak perlu membuat pinjaman yang kemungkinan besar sukar untuk melunaskannya.

4) Melunaskan hutang-hutang sekiranya kita meninggal dunia
Dalam Islam, konsep hutang adalah penting. Kenapa? Yelah, sekiranya kalau ajal telah sampai dan terlampau banyak hutang-hutang yang belum dapat kita langsaikan, takaful sedia membantu untuk menjelaskan hutang2 yang sedia ada mengikut kepada berapa jumlah yang ada dengan memberikannya kepada pewaris anda. Adakah itu lebih baik? Kalau kita simpan duit di bank, andaikata kita meninggal dunia dan pihak bank mendapat tahu mengenai kematian kita, secara automatik duit di dalam bank tersebut akan dibekukan.. last-last duit simpanan itu di donatekan kepada orang lain tanpa waris kita tidak mendapat sedikit benefit sekalipun. Tak ke haru? Sekiranya kita menyimpan di dalam takaful, at least ada orang yang boleh membantu untuk menguruskan semuanya. 

5) Membantu orang kehilangan upaya kekal yang disebabkan kemalangan untuk meneruskan kehidupan
Kalau sekarang, kita banyak mendapat medical benefit dari kompeni kita sendiri. Itupun sebab kita masih bekerja di bawah kompeni tersebut. Tapi tidakkah kita terfikir sekiranya kita sakit atau lumpuh disebabkan kemalangan, dalam masa yang sama khidmat kita ditamatkan.. macam mana kita nak meneruskan hidup? Mungkin ada duit hasil dari khidmat sebelum ini tapi mampukah kita bertahan? Sebab itu kena ada insurans kita sendiri. Kenapa kena ambil Insurans Takaful Prudential BSN? Sebab kalau nak dicomparekan dengan insurans yang lain, sekiranya mengalami apa-apa pada kita (lumpuh kekal / lumpuh separa kekal).. dan kita tak mampu untuk membayar insurans bulanan, takaful BSN prihatin untuk membantu membayar insurans bulanan sehingga umur client tersebut 80 tahun (kira FREE la). Tidak ada lagi insurans diluar sana yang sanggup membayarkan insurans clientnya sekiranya terjadi perkara sedemikian. Kalau berlaku sebegini, mereka hanya akan bayar lumpsum jumlah yang terkumpul dan menamatkan perkhidmatan kepada client tersebut tapi tidak pada Takaful Prudential BSN.

Sebenarnya banyak lagi benefit yang boleh aku utarakan dekat sini tapi mungkin cukup untuk memberi pengetahuan kepada kawan-kawan betapa pentingnya mengambil insurans kita. Memang duit tidak mencukupi untuk melabur tapi sekiranya kita pandai menguruskan kewangan kita insya'allah boleh. Kepada sesiapa yang berminat untuk mengambil insurans takaful boleh la kontek aku pada no ni: 0193608439 (wani). Bukan niat untuk memaksa, tapi niat untuk membantu kawan-kawan. Hargailah diri kita, sayangilah family kita. Kalau kita sakit ataupun meninggal dunia sekurang-kurangnya kita dapat mengurangkan beban family kita untuk menguruskan diri kita selepas ini.. itu yang paling penting.

Tuesday, 23 October 2012

sihat dan dilindungi...

SEMUA ORANG MAHU SIHAT..
SEMUA ORANG MAHU DILINDUNGI

siapa yang x mahu itu semua, SIHAT dan DILINDUNGI
tapi untuk sihat kita perlulah menjadi diri kita
adakah dengan melantak semua, tanpa senaman, dan gaya hidup yang teruk kita akan sihat?
jawapannya pastilah TIDAK
setiap orang perlulah mengamalkan cara hidup yang sihat agar diri kita sihat selalu
dengan cara menjaga pemakan dan amalan seharian yang sihat
barulah kehidupan kita ini akan menjadi sihat
DAN satu lagi janganlah kita lu[a untuk menyerahkan diri kita ini kepadaNya 
yang Maha Berkuasa
kerana Dialah yang menentukan hidup dan mati kita
bersamalah kita berdoa agar kita bahagia selalu....


Bagaimana pula dilindungi?
apakah kita tahu cara untuk kita dilindungi
kita akan tahu bagaimana cara untuk kita dilindungi
BERSAMA saya untuk mengetahui
bagai mana cara diri kita ini akan dilindungi
caranya MUDAH yang penting KITA
NAK atau X NAK

mari bersama saya diBLOG ini dilain POST
untuk mengetahi cara anda DILINDUNGI...


Wednesday, 1 August 2012

36 penyakit kritikal..

Di bawah sini saya senaraikan antara 36 penyakit-penyakit yang dianggap kritikal oleh Prudential yang membolehkan pemegang polisi mendapat manfaat ‘Auto Saving’ bagi pihak diri dan keluarga. Penerangan yang sedikit teliti ini memerlukan pendapat pakar perubatan untuk sesetengah istilah-istilah perubatan.

 
1. Serangan Penyakit Jantung.
 
Kematian sebahagian otot jantung (miokardium) akibat kekurangan bekalan darah dan terbukti secara :-
i. mengalami kesakitan dada biasa yang berpanjangan; dan
ii. perubahan baru dalam bacaan elektrokardiografi akibat serangan ini; dan
iii. peningkatan tahap enzim kardiak ( CPK-MB ) yang melebihi tahap normal makmal.
Diagnosis berdasarkan peningkatan ujian Troponim T sahaja tidak boleh diterima sebagai diagnosis suatu serangan penyakit jantung.
Angina juga dikecualikan secara khusus.
 
2. Penyakit Arteri Koronari Yang memerlukan Pembedahan.
 
Merujuk kepada pembedahan pintasan koronari arteri sebenar melalui cara pembedahan thorakotomi untuk membetulkan atau merawat penyakit koronari arteri tetapi tidak termasuk angioplasty, lain-lain intra-arteri, prosedur lelubang kunci (keyhole) atau laser.

 
3. Strok.

 
Ditakrifkan sebagai suatu kejadian atau kemalangan serebrovaskular yang menghasilkan sekueleneulogi bersifat kekal, berlanjutan selama tidak kurang dari enam (6) bulan. Takrif ini juga meliputi keadaan seperti Inflaksi tisu otak, pendarahan dan embolisasi dari luaran rangka tengkorak. Diagnosis mesti berdasarkan perubahan nyata yang dilihat dalam imbasan CT atau MRI dan disahkan oleh pakar neurology.
Dikecualikan secara khusus adalah symptom cerebral akibat serangan iskemik perantara, sebarang kepincangan iskemik neurological boleh sembuh, iskemik vertebrobasilar, symptom cerebral akibat migraine,kecederaan cerebral hasil dari trauma atau penyakit hypoxia dan vascular yang memberi kesan pada mata atau saraf optic atau fungsi vestibule.

 
4.    Kanser.

Kanser ditakrifkan sebagai ketumbuhan tidak terkawal dan perebakan sel-sel  malignan serta penyerangan dan pemusnahan tisu-tisu normal menyebabkan rawatan atau pembedahan (kecuali prosedur endoskopi sahaja) dianggap perlu. Kanser ini mesti disahkan melalui pembuktian histology malignan.
Keadaan-keadaan berikut adalah terkecuali :-
i.   Karsinoma in situ termassuk karsinoma serviks;
ii.
 Karsinoma duktus payu dara in situ;
iii.
Karsinoma papilari pepundi dan Kanser Prostat Tahap 1;
iv. Semua kanser kulit kecuali melanoma malignan;
v.
  Penyakit Hodgkin Tahap 1;
vi. Tumor terjelma sebagai komplikasi Sindrom Kurang Daya Tahan Penyakit (AIDS).
 
5.   Kegagalan Ginjal ( Buah Pinggang )

Kegagalan ginjal di peringkat akhir iaitu apabila kedua-dua ginjal gagal berfungsi dan dianggap kronik serta tidak dapat dipulihkan semula dan mengakibatkan rawatan dialysis ginjal berkala perlu dimulakan atau menjalani pemindahan ginjal.
 
 
6.   Penyakit Kelumpuhan / Paraplegia
 
Hilang keupayaan guna kedua-dua belah tangan atau kedua-dua belah kaki secara menyeluruh dan kekal, atau sebelah tangan dan sebelah kaki, melalui kelupuhan akibat penyakit atau kecederaan secara berterusan selama sekurang-kurangnya enam (6) bulan dari tarikh trauma atau penyakit itu.
 
7. Pemindahan Organ Utama.

Telah menjalani pembedahan pemindahan sebagai penerima organ manusia yang berikut :-
i.   Buah Pinggang
ii.
  Paru-paru
iii.
Hati
iv. Jantung
v.
  Sum-sum tulang

8.
         Sklerosis Pelbagai / Berbilang.

Diagnosis yang jelas tanpa ragu oleh seorang pakar neurology untuk mengesahkan gabungan berikut yang telah berterusan selama sekurang-kurangnya enam (6) bulan :-
i.   Symptom yang boleh dirujuk kepada saluran (jasad putih) yang melibatkan saraf optic, pangkal otak dan saraf tunjang yang menghasilkan kepincangan neurology yang ketara; dan
ii.
 Kepelbagaian atau keberasingan ketara lesion; dan
iii.
Catatan sejarah yang didokumentasikan dengan rapi tentang keadaan symptom atau kekurangan neurology yang bertambah tenat atau semakin pulih.

 
9.         Hepatitis Virus Fulminan. 
    

Penyakit ini ditakrifkan sebagai nekrosis hati separa besar hingga kepada besar akibat serangan sebarang virus yang secara terjalnya mengarah kepada kegagalan hati.
Kriteria diagnostic yang perlu ada ialah :-
a. Penguncupan saiz hati yang cepat seperti yang dikesan melalui ultrabunyi abdomen; dan
b. Nekrosis melibatkan keseluruhan lobul, dengan hanya meninggalkan rangka reticulum yang musnah; dan
c. Penyakit kuning yang teruk.
Jangkitan Hepatitis B atau status pembawa sahaja tidak memenuhi criteria diagnostic.

 
10.       Hypertensi Arteri Pulmonari Utama.
 
Bermaksud hipertensi pulmonary utama dengan pembesaran ventrikul kanan yang ketara yang disahkan hasil melalui siasatan termasuklah kardiak katerisan, mengakibatkan kepincangan fizikal kekal dan tidak boleh sembuh sehingga tahap sekurang-kurangnya Kelas 3 mengikut Klasifikasi New York Heart Association untuk kepincangan kardiak, dan menyebabkan Hayat dilindungi tidak boleh melakukan pekerjaan biasa.

 
11.       Koma.

Keadaan tidak sedar diri, dengan tiada tindak balas terhadap rangsangan luar atau keperluan dalaman, berterusan selama tidak kurang daripada 96 jam, memerlukan system sokongan hidup dan mengakibatkan kemerosotan neurology sehingga melebihi 30 hari. Pengesahan oleh seorang pakar neurology mestilah diperolehi.

Koma yang diakibatkan secara langsung daripada kecederaan sengaja diri sendiri, penyalahgunaan dadah atau alcohol adalah terkecuali. 
 
 12.       Buta.

Kehilangan daya penglihatan kedua-dua belah mata secara menyeluruh, kekal dan tidak boleh dibaik pulih. Pengesahan bersijil oleh ahli oftalmologi diperlukan.
 
13.       Penggantian Injap Jantung.

Telah menjalani pembedahan dada-terbuka untuk mengganti atau membaiki injap kardiak akibat ketidaksempurnaan atau keadaan tidak normal yang terjadi pada injap jantung selepas tarikh kontrak berkuatkuasa atau selepas tarikh berkuatkuasa semula.

Pembaikan melalui pembedahan injap (valvotomi), prosedur infra-arteri, pembedahan lelubang kunci (key-hole) atau teknik-teknik seumpama adalah secara khususnya dikecualikan. 
 
 14.       Pembedahan Aorta.
 

Telah menjalani pembedahan melalui thorakotomi atau laprotomi untuk membaiki atau membetulkan aneurisma aortic, suatu penghalang pada aorta atau koarktasi aorta. Untuk tujuan takrifan ini, aorta bermaksud aorta thorasik dan aorta abdomen tetapi tidak termasuk cabang-cabangnya.
 
 
15.       Penyakit Alzheimer. 
  

Kemerosotan atau kehilangan daya intelektual atau berkelakuan tidak normal yang terbukti dengan keadaan klinikal dan soal selidik piawai yang diperakui atau ujian daripada Penyakit Alzheimer / kepincangan kemerosotan organic dalam otak yang tidak boleh sembuh kecuali neurosis, penyakit psikiari, dan sebarang kepincangan organik berkaitan dadah atau alcohol, menyebabkan kemerosotan ketara pada fungsi mental dan social di mana hayat dilindungi perlu diawasi sepanjang masa.
Diagnosis mesti disahkan secara klinikal oleh seorang pakar perubatan yang berkaitan.

 
16.       Hilang Pendengaran / Pekak.

Kehilangan upaya dengar pada kedua-dua telinga secara menyeluruh, kekal dan tidak boleh sembuh akibat penyakit atau kemalangan. Bukti perubatan dalam bentuk audiometric dan ujian ambang bunyi mesti dikemukakan.
 
 
17.       Hilang Percakapan.

Hilang keupayaan untuk bertutur secara menyeluruh dan tidak boleh dibaik pulih secara berterusan untuk tempoh selama dua belas ( 12 ) bulan. Bukti perubatan yang mengesahkan kecederaan atau penyakit saluran suara yang menyokong kehilangan keupayaan ini mesti disediakan oleh seorang pakar berkaitan (Telinga, Hidung, Tekak)
Kesemua sebab-sebab berkaitan psikiatrik adalah terkecuali.
 
 
18.       Kebakaran Parah.

Kecederaan terbakar darjah ketiga meliputi sekurang-kurangnya dua puluh peratus (20%) permukaan tubuh badan hayat dilindungi seperti diukur mengikut “Hukum 9” dalam carta Permukaan Badan Lund & Browder.
 
 
19.       Penyakit Membawa Maut.

Hayat dilindungi mestilah menderita akibat keadaan penyakit, yang pada pendapat pakar perubatan yang berkaitan akan membawa kepada kematian dalam jangkamasa dua belas (12 ) bulan. Hayat dilindungi mesti tidak lagi menerima rawatan secara aktif selain daripada rawatan untuk melegakan kesakitan. 
 
 20.       AIDS Disebabkan Pemindahan Darah.

Hayat dilindungi dijangkiti virus HIV atau AIDS dengan syarat :-
i.   Jangkitan tersebut dari transfusi darah yang dilakukan di Malaysia atau Singapura selepas polisi berkuatkuasa;
ii.
 Hayat dilindungi tidak menghidapi haemophiliac; dan
iii.
Hayat dilindungi bukan ahli kumpulan berisiko tinggi tetapi tidak terhad kepada homoseksual, penyalahgunaan dadah secara suntikan atau pelacur.
Notis pemberitahuan dan bukti kejadian mesti dikemukakan secara bertulis daripada pihak berwajib kesihatan yang mengesahkan bahawa jangkitan terjadi secara perubatan.
 
 
21.       Penyakit Motor Neuron.

Penyakit motor neuron yang tidak diketahui etiologinya dicirikan oleh kemerosotan berterusan saluran kortikospinium dan sel tanduk anterior atau neuron eferen bulbar. Ini termasuklah atrofi otot spina, palsi bulbar berterusan, sclerosis lateral amiotrofik dan sclerosis lateral primer.

Diagnosis mestilah disahkan oleh seorang pakar perubatan neurology.
 
 
22.       Penyakit Parkinson.

Diagonosis jelas dan tanpa ragu Penyakit Parkinson oleh seorang pakar neurology di mana pesakit berkeadaan  :-
i.  tidak boleh dikawal dengan pengunaan ubat; dan
ii. menunjukkan tanda kemungkinan kepincangan berlarutan.
Aktiviti penilaian kehidupan harian mengesahkan kehilangupayaan hayat dilindungi untuk melakukan tanpa bantuan sekurang-kurangnya tiga (3) perkara berikut :-
i.          Pengalihan
Berkeupayaan untuk bangun dan duduk dari kerusi tanpa memerlukan bantuan fizikal.

ii.         Pergerakan
Berkeupayaan bergerak dari bilik ke bilik tanpa memerlukan sebarang bantuan fizikal.
iii.        Buang Air / Penggunaan Tandas
Berkeupayaan untuk mengawal fungsi system pembuangan air besar dan kecil secara semulajadi untuk menjaga kebersihan diri.
iv.        Berpakaian
Berkeupayaan untuk memakai atau menanggalkan pakaian yang perlu tanpa memerlukan bantuan orang lain.
v.         Mandi / Membasuh
Berkeupayaan untuk mandi atau membersihkan diri (termasuklah kemampuan masuk dan keluar untuk mandi) dan membersihkan diri dengan cara-cara lain.
vi.        Makan
Semua usaha untuk memasukkan makanan yang telah di sediakan ke dalam tubuh badan.
Hanya Penyakit Parkinson idiopathic yang dilindungi. Penyakit Parkinson yang dirangsang dadah atau disebabkan oleh toksik adalah terkecuali.

23.       Penyakit Hati Kronik.

Kegagalan hati peringkat akhir dengan kewujudan kesemua penyakit berikut :-
- Penyakit kuning kekal;
- Askit;
- Ensefalopati;
- Hipotensi portal.
Wernicke’s ansefalopi & penyakit hati sekundar akibat penyalahgunaan dadah & alcohol adalah terkecuali.

 
24.       Penyakit Paru-paru Kronik.

Kegagalan system pernafasn di peringkat akhir termasuk penyakit paru-paru interstitial kronik.
Semua kriteria-kriteria berikut mesti dipenuhi :-
i.   Memerlukan terapi oksigen kekal oleh sebab hasil ujian berterusan FEV1 bernilai kurang daripada satu liter. (Isi padu Penghembusan Nafas Paksaan semasa saat pertama bagi suatu penghembusan nafas paksaan)
ii.
 Analisis Gas Darah Arteri dengan tekanan oksigen separa kurang dari atau bersamaan 55mmHg.
iii. Disponea ketika berehat. 
 
 25.       Anaemia Aplastik.

Kegagalan sum-sum tulang kronik yang berlarutan menyebabkan aplasia sum-sum tulang menyeluruh dan memerlukan rawatan sekurang-kurangnya satu daripada kaedah berikut :-
i.   Transfusi produk darah secara berkala.
ii.  Agen perangsang sum-sum.
iii. Agen imunosupresif.
iv. Pemindahan sum-sum tulang.
 
 
26.       Distrofi Otot.

Diagnosis distrofi otot memerlukan pengesahan oleh seorang pakar nuerologi dengan gabungan 3 daripada 4 keadaan berikut :-
i.   Sejarah keluarga di mana ahli-ahlinya menghidap penyakit ini
ii.
 Kewujudan klinikal termasuk ketiadaan deria gangguan, cecair spina serebo biasa dan pengurangan refleks tendon yang sederhana
iii.
Elektromiogram sifatan
iv. Kesangsian klinikal yang disahkan oleh biopsy otot
Kanak-kanak di bawah umur 12 tahun terkecuali daripada takrifan ini.
 
 
27.       Poliomielitis.

Diagnosis tanpa ragu oleh seorang pakar neurology tentang jangkitan virus polio yang menyebabkan penyakit lumpuh akibat fungsi motor yang terjejas atau daya pernafasan yang lemah sebagai tanda jangkitan. Kes-kes yang tidak melibatkan lumpuh tidak layak untuk manfaat ini. Lain-lain sebab lumpuh (seperti sindrom Guillain-Barre) adalah terkecuali.

 
28.       Meningitis Bekteria.

Meningitis bacteria yang menyebabkan inflamasi membrane otak atau saraf tunjang yang mengakibatkan kepincangan neurological kekal  selama tempoh minima tiga puluh (30) hari dan kehilangan upaya melakukan sekurang-kurangnya tiga (3) Aktiviti Harian Kehidupan yang berikut, sama ada dengan atau tanpa menggunakan peralatan mekanikal, peranti khas atau lain-lain bantuan dan penyesuaian yang digunakan untuk orang hilang upaya. Untuk tujuan pembayaran manfaat ini, perkataan “kekal” ditakrifkan sebagai tiada harapan untuk sembuh dengan menggunakan pengetahuan dan teknologi perubatan semasa.

Aktiviti Harian Kehidupan yang dimaksudkan adalah :-

i.          Pengalihan
Berkeupayaan untuk bangun dan duduk dari kerusi tanpa memerlukan bantuan fizikal.

ii.         Pergerakan
Berkeupayaan bergerak dari bilik ke bilik tanpa memerlukan sebarang bantuan fizikal.
iii.        Buang Air / Penggunaan Tandas
Berkeupayaan untuk mengawal fungsi system pembuangan air besar dan kecil secara semulajadi untuk menjaga kebersihan diri.
iv.        Berpakaian
Berkeupayaan untuk memakai atau menanggalkan pakaian yang perlu tanpa memerlukan bantuan orang lain.
v.         Mandi / Membasuh
Berkeupayaan untuk mandi atau membersihkan diri (termasuklah kemampuan masuk dan keluar untuk mandi) dan membersihkan diri dengan cara-cara lain.
vi.        Makan
Semua usaha untuk memasukkan makanan yang telah di sediakan ke dalam tubuh badan.
Diagnosis hendaklah disahkan oleh pakar neurology.
 
 
29.       Tumor Otak Benigna.

Suatu tumor bukan kanser di dalam otak yang boleh mengancam nyawa,yang mengakibatkan timbulnya ciri-ciri  peningkatan tekanan intrakaranium seperti papiloedema, symptom mental, tidak sedar diri dan kepincangan deria. Kehadiran tumor ini mesti disahkan oleh kajian imej gambar imabasan CT atau MRI.
Perkara-perkara berikut adalah dikecualikan :-
i.          Sista;
ii.
        Granulomas;
iii.
       Malformasi dalam atau pada arteri atau vena otak;
iv.        Haematomas;
v.
        Tumor dalam kelenjar pituitary atau spina;
vi.        Tumor saraf akustik.

 
30.       Eusefalitis.

Ditakrif sebagai inflamasi bahan otak yang teruk mengakibatkan kepincangan neurological kekal selama tempoh  minima tiga puluh (30) hari dan disahkan oleh seorang pakar neurology. Kepincangan kekal ini mesti mengakibatkan hilang keupayaan melakukan sekurang-kurangnya tiga (3) Aktiviti Harian Kehidupan yang berikut, sama ada dengan atau tanpa menggunakan peralatan mekanikal, peranti khas atau lain-lain bantuan dan penyesuaian yang digunakan untuk orang hilang upaya. Bagi tujuan pembayaran manfaat ini, perkataan “kekal” ditakrifkan sebagai tiada harapan untuk sembuh dengan menggunakan pengetahuan dan teknologi perubatan semasa.
Aktiviti Harian Kehidupan yang dimaksudkan adalah :-
i.          Pengalihan
Berkeupayaan untuk bangun dan duduk dari kerusi tanpa memerlukan bantuan fizikal.

ii.         Pergerakan
Berkeupayaan bergerak dari bilik ke bilik tanpa memerlukan sebarang bantuan fizikal.
iii.        Buang Air / Penggunaan Tandas
Berkeupayaan untuk mengawal fungsi system pembuangan air besar dan kecil secara semulajadi untuk menjaga kebersihan diri.
iv.        Berpakaian
Berkeupayaan untuk memakai atau menanggalkan pakaian yang perlu tanpa memerlukan bantuan orang lain.
v.         Mandi / Membasuh
Berkeupayaan untuk mandi atau membersihkan diri (termasuklah kemampuan masuk dan keluar untuk mandi) dan membersihkan diri dengan cara-cara lain.
vi.        Makan
Semua usaha untuk memasukkan makanan yang telah di sediakan ke dalam tubuh badan.
Diagnosis hendaklah disahkan oleh pakar neurology.

 
31.       AIDS Termanifestasi Sepenuhnya. ( Full Blown AIDS )

Manifestasi klinikal AIDS (Acquired Immuno-deficiency Virus) mesti disokong dengan keputusan positif ujian antibody HIV ( Human Immuno-deficiency Virus) dan satu ujian pengesahan Western Blot. Sebagai tambahan, hayat dilindungi juga mesti mempunyai kiraan sel CD4 yang kurang dari dua ratus (200) dan memenuhi satu atau lebih daripada criteria berikut :-
i.          Kehilangan berat badan melebihi 10% daripada berat badan di sepanjang tempoh kurang daripada enam (6) bulan (wasting syndrome);
ii.
        Kaposi Sarcoma;
iii.
       Pneumocystic Carinii Pneumonia;
iv.        Progressive multifocal leukoencephalopathy;
v.
        Tuberculosis Aktif;
vi.        Lymphocytes kurang daripada satu ribu (1000);
vii.
      Malignant Lymphoma.

Dalam kes tuntutan kecuali untuk PRUpayor basic, PRUspouse payor basic, PRUparent payor basic, PRUpayor PSA, PRUspouse payor PSA, PRUparent payor PSA, PRUwaiver, PRUspouse waiver, PRUparent waiver, 50% dari semua Manfaat yang berkenaan (sehingga jumlah maksimum sebanyak RM500 000 ke atas mana-mana hayat di bawah polisi ini dan semua polisi-polisi yang lain) yang kena dibayar berhubung dengan penyakit ini akan dibayar. Baki jumlah akan dibayar apabila berlaku kematian, hilang upaya penuh dan kekal atau didiagnosis Penyakit Kritikal yang lain yang mana dahulu berlaku.
32.       Lain-lain Penyakit Koronari Arteri Yang Serius.

Penyempitan lumen pada sekurang-kurangnya tiga arteri utama iaitu Sirkumfleks, Arteri Koronari Kanan (RCA), Arteri Menurun Anterior Kiri (LAD), ke tahap minimum 60% atau lebih yang dibuktikan oleh arteriographi kronari. Manfaat ini boleh dibayar tanpa mengira sama ada sebarang bentuk pembedahan koronari arteri telah dilakukan.
 

33.       Pembedahan Otak.

Telah menjalani pembedahan otak di bawah penggunaan anaestesia am dan kruniotomi telah dilaksanakan semasa pembedahan tersebut dilakukan. Bur Hole & pembedahan otak akibat kemalangan adalah terkecuali. 


 34.       Sindrom ‘APPALIC’.

Nekrosis kortex otak menyeluruh yang tidak menjejaskan pangkal otak. Diagnosis mesti disahkan oleh seorang pakar neurology dan keadaan pesakit mesti didokumentasikan selama sekurang-kurangnya satu (1) bulan.

 

35.       Kecederaan Kepala Utama.

Kecederaan fizikal di kepala yang menyebabkan fungsi yang ketara secara kekal selama tempoh minimum tiga (3) bulan dari tarikh truma atau kecederaan. Hasil kepincangan berfungsi kekal ini hendaklah disahkan oleh seorang pakar neurology dan dipersetujui oleh Pegawai Perubatan Syarikat serta menyebabkan hilang keupayaan melakukan sekurang-kurangnya tiga (3) Aktiviti Harian Kehidupan yang berikut, sama ada dengan atau tanpa menggunakan peralatan mekanikal, peranti khas atau lain-lain bantuan dan penyesuaian yang digunakan untuk orang hilang upaya. Untuk tujuan pembayaran manfaat ini, perkataan “kekal” ditakrifkan sebagai tiada harapan untuk sembuh dengan menggunakan pengetahuan dan teknologi perubatan semasa.
Aktiviti Harian Kehidupan yang dimaksudkan adalah :-
i.          Pengalihan
Berkeupayaan untuk bangun dan duduk dari kerusi tanpa memerlukan bantuan fizikal.

ii.         Pergerakan
Berkeupayaan bergerak dari bilik ke bilik tanpa memerlukan sebarang bantuan fizikal.
iii.        Buang Air / Penggunaan Tandas
Berkeupayaan untuk mengawal fungsi system pembuangan air besar dan kecil secara semulajadi untuk menjaga kebersihan diri.
iv.        Berpakaian
Berkeupayaan untuk memakai atau menanggalkan pakaian yang perlu tanpa memerlukan bantuan orang lain.
v.         Mandi / Membasuh
Berkeupayaan untuk mandi atau membersihkan diri (termasuklah kemampuan masuk dan keluar untuk mandi) dan membersihkan diri dengan cara-cara lain.
vi.        Makan
Semua usaha untuk memasukkan makanan yang telah di sediakan ke dalam tubuh badan. 


 36.       Kehilangan Anggota Badan.

Putusnya secara fizikal kedua-dua anggota badan pada atau atas pergelangan tangan atau pergelangan kaki, yang menyeluruh dan tidak dapat dipulihkan, atau satu anggota badan pada atau atas pergelangan tangan atau pergelangan kaki akibat kecederaan.