Setiap insan mengimpikan kehidupan yang baik. Dalam konteks Islam, kehidupan yang baik adalah yang seimbang dengan wujudnya gabungan unsur kerohanian dan kebendaan dalam kegiatan harian seseorang.
Untuk mencapai kehidupan baik di dunia dan akhirat, kita perlu juga memikirkan perancangan kewangan. Rasulullah s.a.w pernah berpesan, rebutlah lima perkara sebelum datang lima perkara, iaitu

- masa muda sebelum masa tua
- sihat sebelum sakit
- masa berharta sebelum masa miskin,
- lapang sebelum sibuk
- masa hidup sebelum mati
(Imam Nawawi)
Maka sewajarnyalah hadis ini diaplikasikan untuk kebaikan dengan perancangan kewngan yang bijak. Bijak merancang dan menguruskan kewangan adalah unsur penting membentuk keluarga sejahtera dan stabil. Walaupun wang bukan segala-galanya tetapi ia mempunyai kaitan secara langsung dengan kesejahteraan bagi memenuhi keperluan asas dalam kehidupan. Perancangan dan pengurusan kewangan keluarga membabitkan perbelanjaan, perlindungan daripada risiko, simpanan dan pelaburan. Mengurus kewangan membolehkan keluarga menyedari matlamat dan berusaha mencapai matlamat dengan sumber kewangan yang ada. Pengurusan kewangan juga membolehkan keluarga mampu menghadapi cabaran atau kejadian yang tidak diduga selain membentuk disiplin diri dan sikap bertanggjungjawab terhadap kehidupan masa kini dan akan datang.
Amalan menabung antaranya merupakan sesuatu yang dituntut dalam Islam sebagaimana hadis Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

Semoga Allah memberikan rahmat kepada orang yang berusaha dengan cara yang baik, berbelanja dengan sederhana dan menabung apa yang lebih (setelah memberi nafkah) untuk saat-saat dia yang memerlukannya nanti
Islam amat menitikberatkan kebajikan dan kesejahteraan umatnya. Untuk membantu mana-mana ahli masyarakat yang mengalami kemalangan atau kerugian, satu kardah berkongsi risiko yang berdasarkan konsep tabarru' diperkenalkan melalui sistem takaful.
Sistem takaful adalah sebagai suatu jalan ikhtiar bukan bererti melawan takdir atau tidak percaya kepada qada' dan qadar yang merupakan salah satu rukun iman - jauh sekali daripada mencabar ketentuan Allah. Sebaliknya perbuatan berserah semata-mata tanpa berikhtiar adalah bertentangan dengan tuntutan Islam.
Melalui kaedah takaful yang merupakan salah satu jalan ikhtiar untuk mengelak daripada berlakunya kemudaratan ke atas diri dan keluarganya. Amalan ini amat dituntut dalam islam kerana Islam amat mengutamakan prinsip saling bekerjasama dalam perkara-perkara kebajikan dan kebaikan

Sabda Rasulullah s.a.w.
Sesungguhnya seseorang yang beriman ialah sesiapa yang memberi keamanan (keselamatan dan perlindungan) terhadap harta dan jiwa raga manusia
Sabda Rasulullah s.a.w.
Orang-orang yang paling disukai Allah adalah mereka yang paling banyak manfaatnya (bagi orang lain), dan amalan yang paling baik dilakukan oleh seseorang ialah; memasukkan rasa kebahagian ke atas seorang Muslim, menyelamatkannya dari penderitaan, melunaskan hutangnya atau mengusir rasa kelaparan daripadanya. Sesungguhnya aku sangat suka berjalan dengan seorang Muslim demi menunaikan hajat (keperluannya) daripada aku duduk di dalam masjid bebulan lamanya
No comments:
Post a Comment