Di
bawah sini saya senaraikan antara 36 penyakit-penyakit yang dianggap
kritikal oleh Prudential yang membolehkan pemegang polisi mendapat
manfaat ‘Auto Saving’ bagi pihak diri dan keluarga. Penerangan yang sedikit teliti ini memerlukan pendapat pakar perubatan untuk sesetengah istilah-istilah perubatan.
1. Serangan Penyakit Jantung.
Kematian sebahagian otot jantung (miokardium) akibat kekurangan bekalan darah dan terbukti secara :-
i. mengalami kesakitan dada biasa yang berpanjangan; dan
ii. perubahan baru dalam bacaan elektrokardiografi akibat serangan ini; dan
iii. peningkatan tahap enzim kardiak ( CPK-MB ) yang melebihi tahap normal makmal.
Diagnosis
berdasarkan peningkatan ujian Troponim T sahaja tidak boleh diterima
sebagai diagnosis suatu serangan penyakit jantung.
Angina juga dikecualikan secara khusus.
2. Penyakit Arteri Koronari Yang memerlukan Pembedahan.
Merujuk kepada pembedahan pintasan koronari arteri sebenar melalui cara
pembedahan thorakotomi untuk membetulkan atau merawat penyakit koronari
arteri tetapi tidak termasuk angioplasty, lain-lain intra-arteri,
prosedur lelubang kunci (keyhole) atau laser.
3. Strok.
Ditakrifkan
sebagai suatu kejadian atau kemalangan serebrovaskular yang
menghasilkan sekueleneulogi bersifat kekal, berlanjutan selama tidak
kurang dari enam (6) bulan. Takrif ini juga meliputi keadaan seperti Inflaksi tisu otak, pendarahan dan embolisasi dari luaran rangka tengkorak. Diagnosis mesti berdasarkan perubahan nyata yang dilihat dalam imbasan CT atau MRI dan disahkan oleh pakar neurology.
Dikecualikan
secara khusus adalah symptom cerebral akibat serangan iskemik
perantara, sebarang kepincangan iskemik neurological boleh sembuh,
iskemik vertebrobasilar, symptom cerebral akibat migraine,kecederaan
cerebral hasil dari trauma atau penyakit hypoxia dan vascular yang
memberi kesan pada mata atau saraf optic atau fungsi vestibule.
4. Kanser.
Kanser ditakrifkan sebagai ketumbuhan tidak terkawal dan perebakan sel-sel malignan
serta penyerangan dan pemusnahan tisu-tisu normal menyebabkan rawatan
atau pembedahan (kecuali prosedur endoskopi sahaja) dianggap perlu. Kanser ini mesti disahkan melalui pembuktian histology malignan.
Keadaan-keadaan berikut adalah terkecuali :-
i. Karsinoma in situ termassuk karsinoma serviks;
ii. Karsinoma duktus payu dara in situ;
iii. Karsinoma papilari pepundi dan Kanser Prostat Tahap 1;
iv. Semua kanser kulit kecuali melanoma malignan;
v. Penyakit Hodgkin Tahap 1;
vi. Tumor terjelma sebagai komplikasi Sindrom Kurang Daya Tahan Penyakit (AIDS).
5. Kegagalan Ginjal ( Buah Pinggang )
Kegagalan
ginjal di peringkat akhir iaitu apabila kedua-dua ginjal gagal
berfungsi dan dianggap kronik serta tidak dapat dipulihkan semula dan
mengakibatkan rawatan dialysis ginjal berkala perlu dimulakan atau
menjalani pemindahan ginjal.
6. Penyakit Kelumpuhan / Paraplegia
Hilang
keupayaan guna kedua-dua belah tangan atau kedua-dua belah kaki secara
menyeluruh dan kekal, atau sebelah tangan dan sebelah kaki, melalui
kelupuhan akibat penyakit atau kecederaan secara berterusan selama
sekurang-kurangnya enam (6) bulan dari tarikh trauma atau penyakit itu.
7. Pemindahan Organ Utama.
Telah menjalani pembedahan pemindahan sebagai penerima organ manusia yang berikut :-
i. Buah Pinggang
ii. Paru-paru
iii. Hati
iv. Jantung
v. Sum-sum tulang
8. Sklerosis Pelbagai / Berbilang.
Diagnosis
yang jelas tanpa ragu oleh seorang pakar neurology untuk mengesahkan
gabungan berikut yang telah berterusan selama sekurang-kurangnya enam
(6) bulan :-
i. Symptom
yang boleh dirujuk kepada saluran (jasad putih) yang melibatkan saraf
optic, pangkal otak dan saraf tunjang yang menghasilkan kepincangan
neurology yang ketara; dan
ii. Kepelbagaian atau keberasingan ketara lesion; dan
iii. Catatan
sejarah yang didokumentasikan dengan rapi tentang keadaan symptom atau
kekurangan neurology yang bertambah tenat atau semakin pulih.
9. Hepatitis Virus Fulminan.
Penyakit
ini ditakrifkan sebagai nekrosis hati separa besar hingga kepada besar
akibat serangan sebarang virus yang secara terjalnya mengarah kepada
kegagalan hati.
Kriteria diagnostic yang perlu ada ialah :-
a. Penguncupan saiz hati yang cepat seperti yang dikesan melalui ultrabunyi abdomen; dan
b. Nekrosis melibatkan keseluruhan lobul, dengan hanya meninggalkan rangka reticulum yang musnah; dan
c. Penyakit kuning yang teruk.
Jangkitan Hepatitis B atau status pembawa sahaja tidak memenuhi criteria diagnostic.
10. Hypertensi Arteri Pulmonari Utama.
Bermaksud
hipertensi pulmonary utama dengan pembesaran ventrikul kanan yang
ketara yang disahkan hasil melalui siasatan termasuklah kardiak
katerisan, mengakibatkan kepincangan fizikal kekal dan tidak boleh
sembuh sehingga tahap sekurang-kurangnya Kelas 3 mengikut Klasifikasi
New York Heart Association untuk kepincangan kardiak, dan menyebabkan
Hayat dilindungi tidak boleh melakukan pekerjaan biasa.
11. Koma.
Keadaan
tidak sedar diri, dengan tiada tindak balas terhadap rangsangan luar
atau keperluan dalaman, berterusan selama tidak kurang daripada 96 jam,
memerlukan system sokongan hidup dan mengakibatkan kemerosotan neurology
sehingga melebihi 30 hari. Pengesahan oleh seorang pakar neurology mestilah diperolehi.
Koma
yang diakibatkan secara langsung daripada kecederaan sengaja diri
sendiri, penyalahgunaan dadah atau alcohol adalah terkecuali.
12. Buta.
Kehilangan daya penglihatan kedua-dua belah mata secara menyeluruh, kekal dan tidak boleh dibaik pulih. Pengesahan bersijil oleh ahli oftalmologi diperlukan.
13. Penggantian Injap Jantung.
Telah
menjalani pembedahan dada-terbuka untuk mengganti atau membaiki injap
kardiak akibat ketidaksempurnaan atau keadaan tidak normal yang terjadi
pada injap jantung selepas tarikh kontrak berkuatkuasa atau selepas
tarikh berkuatkuasa semula.
Pembaikan
melalui pembedahan injap (valvotomi), prosedur infra-arteri, pembedahan
lelubang kunci (key-hole) atau teknik-teknik seumpama adalah secara
khususnya dikecualikan.
14. Pembedahan Aorta.
Telah
menjalani pembedahan melalui thorakotomi atau laprotomi untuk membaiki
atau membetulkan aneurisma aortic, suatu penghalang pada aorta atau
koarktasi aorta. Untuk tujuan takrifan ini, aorta bermaksud aorta thorasik dan aorta abdomen tetapi tidak termasuk cabang-cabangnya.
15. Penyakit Alzheimer.
Kemerosotan
atau kehilangan daya intelektual atau berkelakuan tidak normal yang
terbukti dengan keadaan klinikal dan soal selidik piawai yang diperakui
atau ujian daripada Penyakit Alzheimer / kepincangan kemerosotan organic
dalam otak yang tidak boleh sembuh kecuali neurosis, penyakit psikiari,
dan sebarang kepincangan organik berkaitan dadah atau alcohol,
menyebabkan kemerosotan ketara pada fungsi mental dan social di mana
hayat dilindungi perlu diawasi sepanjang masa.
Diagnosis mesti disahkan secara klinikal oleh seorang pakar perubatan yang berkaitan.
16. Hilang Pendengaran / Pekak.
Kehilangan upaya dengar pada kedua-dua telinga secara menyeluruh, kekal dan tidak boleh sembuh akibat penyakit atau kemalangan. Bukti perubatan dalam bentuk audiometric dan ujian ambang bunyi mesti dikemukakan.
17. Hilang Percakapan.
Hilang keupayaan untuk bertutur secara menyeluruh dan tidak boleh dibaik pulih secara berterusan untuk tempoh selama dua belas ( 12 ) bulan. Bukti
perubatan yang mengesahkan kecederaan atau penyakit saluran suara yang
menyokong kehilangan keupayaan ini mesti disediakan oleh seorang pakar
berkaitan (Telinga, Hidung, Tekak)
Kesemua sebab-sebab berkaitan psikiatrik adalah terkecuali.
18. Kebakaran Parah.
Kecederaan
terbakar darjah ketiga meliputi sekurang-kurangnya dua puluh peratus
(20%) permukaan tubuh badan hayat dilindungi seperti diukur mengikut
“Hukum 9” dalam carta Permukaan Badan Lund & Browder.
19. Penyakit Membawa Maut.
Hayat
dilindungi mestilah menderita akibat keadaan penyakit, yang pada
pendapat pakar perubatan yang berkaitan akan membawa kepada kematian
dalam jangkamasa dua belas (12 ) bulan. Hayat dilindungi mesti tidak lagi menerima rawatan secara aktif selain daripada rawatan untuk melegakan kesakitan.
20. AIDS Disebabkan Pemindahan Darah.
Hayat dilindungi dijangkiti virus HIV atau AIDS dengan syarat :-
i. Jangkitan tersebut dari transfusi darah yang dilakukan di Malaysia atau Singapura selepas polisi berkuatkuasa;
ii. Hayat dilindungi tidak menghidapi haemophiliac; dan
iii. Hayat
dilindungi bukan ahli kumpulan berisiko tinggi tetapi tidak terhad
kepada homoseksual, penyalahgunaan dadah secara suntikan atau pelacur.
Notis
pemberitahuan dan bukti kejadian mesti dikemukakan secara bertulis
daripada pihak berwajib kesihatan yang mengesahkan bahawa jangkitan
terjadi secara perubatan.
21. Penyakit Motor Neuron.
Penyakit
motor neuron yang tidak diketahui etiologinya dicirikan oleh
kemerosotan berterusan saluran kortikospinium dan sel tanduk anterior
atau neuron eferen bulbar. Ini termasuklah atrofi otot spina, palsi bulbar berterusan, sclerosis lateral amiotrofik dan sclerosis lateral primer.
Diagnosis mestilah disahkan oleh seorang pakar perubatan neurology.
22. Penyakit Parkinson.
Diagonosis jelas dan tanpa ragu Penyakit Parkinson oleh seorang pakar neurology di mana pesakit berkeadaan :-
i. tidak boleh dikawal dengan pengunaan ubat; dan
ii. menunjukkan tanda kemungkinan kepincangan berlarutan.
Aktiviti
penilaian kehidupan harian mengesahkan kehilangupayaan hayat dilindungi
untuk melakukan tanpa bantuan sekurang-kurangnya tiga (3) perkara berikut :-
i. Pengalihan
Berkeupayaan untuk bangun dan duduk dari kerusi tanpa memerlukan bantuan fizikal.
ii. Pergerakan
Berkeupayaan bergerak dari bilik ke bilik tanpa memerlukan sebarang bantuan fizikal.
iii. Buang Air / Penggunaan Tandas
Berkeupayaan untuk mengawal fungsi system pembuangan air besar dan kecil secara semulajadi untuk menjaga kebersihan diri.
iv. Berpakaian
Berkeupayaan untuk memakai atau menanggalkan pakaian yang perlu tanpa memerlukan bantuan orang lain.
v. Mandi / Membasuh
Berkeupayaan
untuk mandi atau membersihkan diri (termasuklah kemampuan masuk dan
keluar untuk mandi) dan membersihkan diri dengan cara-cara lain.
vi. Makan
Semua usaha untuk memasukkan makanan yang telah di sediakan ke dalam tubuh badan.
Hanya Penyakit Parkinson idiopathic yang dilindungi. Penyakit Parkinson yang dirangsang dadah atau disebabkan oleh toksik adalah terkecuali.
23. Penyakit Hati Kronik.
Kegagalan hati peringkat akhir dengan kewujudan kesemua penyakit berikut :-
- Penyakit kuning kekal;
- Askit;
- Ensefalopati;
- Hipotensi portal.
Wernicke’s ansefalopi & penyakit hati sekundar akibat penyalahgunaan dadah & alcohol adalah terkecuali.
24. Penyakit Paru-paru Kronik.
Kegagalan system pernafasn di peringkat akhir termasuk penyakit paru-paru interstitial kronik.
Semua kriteria-kriteria berikut mesti dipenuhi :-
i. Memerlukan terapi oksigen kekal oleh sebab hasil ujian berterusan FEV1 bernilai kurang daripada satu liter. (Isi padu Penghembusan Nafas Paksaan semasa saat pertama bagi suatu penghembusan nafas paksaan)
ii. Analisis Gas Darah Arteri dengan tekanan oksigen separa kurang dari atau bersamaan 55mmHg.
iii. Disponea ketika berehat.
25. Anaemia Aplastik.
Kegagalan
sum-sum tulang kronik yang berlarutan menyebabkan aplasia sum-sum
tulang menyeluruh dan memerlukan rawatan sekurang-kurangnya satu
daripada kaedah berikut :-
i. Transfusi produk darah secara berkala.
ii. Agen perangsang sum-sum.
iii. Agen imunosupresif.
iv. Pemindahan sum-sum tulang.
26. Distrofi Otot.
Diagnosis distrofi otot memerlukan pengesahan oleh seorang pakar nuerologi dengan gabungan 3 daripada 4 keadaan berikut :-
i. Sejarah keluarga di mana ahli-ahlinya menghidap penyakit ini
ii. Kewujudan klinikal termasuk ketiadaan deria gangguan, cecair spina serebo biasa dan pengurangan refleks tendon yang sederhana
iii. Elektromiogram sifatan
iv. Kesangsian klinikal yang disahkan oleh biopsy otot
Kanak-kanak di bawah umur 12 tahun terkecuali daripada takrifan ini.
27. Poliomielitis.
Diagnosis
tanpa ragu oleh seorang pakar neurology tentang jangkitan virus polio
yang menyebabkan penyakit lumpuh akibat fungsi motor yang terjejas atau
daya pernafasan yang lemah sebagai tanda jangkitan. Kes-kes yang tidak melibatkan lumpuh tidak layak untuk manfaat ini. Lain-lain sebab lumpuh (seperti sindrom Guillain-Barre) adalah terkecuali.
28. Meningitis Bekteria.
Meningitis
bacteria yang menyebabkan inflamasi membrane otak atau saraf tunjang
yang mengakibatkan kepincangan neurological kekal selama tempoh minima
tiga puluh (30) hari dan kehilangan upaya melakukan sekurang-kurangnya
tiga (3) Aktiviti Harian Kehidupan yang berikut, sama ada dengan atau
tanpa menggunakan peralatan mekanikal, peranti khas atau lain-lain
bantuan dan penyesuaian yang digunakan untuk orang hilang upaya. Untuk
tujuan pembayaran manfaat ini, perkataan “kekal” ditakrifkan sebagai
tiada harapan untuk sembuh dengan menggunakan pengetahuan dan teknologi
perubatan semasa.
Aktiviti Harian Kehidupan yang dimaksudkan adalah :-
i. Pengalihan
Berkeupayaan untuk bangun dan duduk dari kerusi tanpa memerlukan bantuan fizikal.
ii. Pergerakan
Berkeupayaan bergerak dari bilik ke bilik tanpa memerlukan sebarang bantuan fizikal.
iii. Buang Air / Penggunaan Tandas
Berkeupayaan untuk mengawal fungsi system pembuangan air besar dan kecil secara semulajadi untuk menjaga kebersihan diri.
iv. Berpakaian
Berkeupayaan untuk memakai atau menanggalkan pakaian yang perlu tanpa memerlukan bantuan orang lain.
v. Mandi / Membasuh
Berkeupayaan
untuk mandi atau membersihkan diri (termasuklah kemampuan masuk dan
keluar untuk mandi) dan membersihkan diri dengan cara-cara lain.
vi. Makan
Semua usaha untuk memasukkan makanan yang telah di sediakan ke dalam tubuh badan.
Diagnosis hendaklah disahkan oleh pakar neurology.
29. Tumor Otak Benigna.
Suatu tumor bukan kanser di dalam otak yang boleh mengancam nyawa,yang
mengakibatkan timbulnya ciri-ciri peningkatan tekanan intrakaranium
seperti papiloedema, symptom mental, tidak sedar diri dan kepincangan
deria. Kehadiran tumor ini mesti disahkan oleh kajian imej gambar imabasan CT atau MRI.
Perkara-perkara berikut adalah dikecualikan :-
i. Sista;
ii. Granulomas;
iii. Malformasi dalam atau pada arteri atau vena otak;
iv. Haematomas;
v. Tumor dalam kelenjar pituitary atau spina;
vi. Tumor saraf akustik.
30. Eusefalitis.
Ditakrif sebagai inflamasi bahan otak yang teruk mengakibatkan kepincangan neurological kekal selama tempoh minima
tiga puluh (30) hari dan disahkan oleh seorang pakar neurology.
Kepincangan kekal ini mesti mengakibatkan hilang keupayaan melakukan
sekurang-kurangnya tiga (3) Aktiviti Harian Kehidupan yang berikut, sama
ada dengan atau tanpa menggunakan peralatan mekanikal, peranti khas
atau lain-lain bantuan dan penyesuaian yang digunakan untuk orang hilang
upaya. Bagi tujuan pembayaran manfaat ini,
perkataan “kekal” ditakrifkan sebagai tiada harapan untuk sembuh dengan
menggunakan pengetahuan dan teknologi perubatan semasa.
Aktiviti Harian Kehidupan yang dimaksudkan adalah :-
i. Pengalihan
Berkeupayaan untuk bangun dan duduk dari kerusi tanpa memerlukan bantuan fizikal.
ii. Pergerakan
Berkeupayaan bergerak dari bilik ke bilik tanpa memerlukan sebarang bantuan fizikal.
iii. Buang Air / Penggunaan Tandas
Berkeupayaan untuk mengawal fungsi system pembuangan air besar dan kecil secara semulajadi untuk menjaga kebersihan diri.
iv. Berpakaian
Berkeupayaan untuk memakai atau menanggalkan pakaian yang perlu tanpa memerlukan bantuan orang lain.
v. Mandi / Membasuh
Berkeupayaan
untuk mandi atau membersihkan diri (termasuklah kemampuan masuk dan
keluar untuk mandi) dan membersihkan diri dengan cara-cara lain.
vi. Makan
Semua usaha untuk memasukkan makanan yang telah di sediakan ke dalam tubuh badan.
Diagnosis hendaklah disahkan oleh pakar neurology.
31. AIDS Termanifestasi Sepenuhnya. ( Full Blown AIDS )
Manifestasi klinikal AIDS (Acquired Immuno-deficiency Virus) mesti disokong dengan keputusan positif ujian antibody HIV ( Human
Immuno-deficiency Virus) dan satu ujian pengesahan Western Blot.
Sebagai tambahan, hayat dilindungi juga mesti mempunyai kiraan sel CD4
yang kurang dari dua ratus (200) dan memenuhi satu atau lebih daripada
criteria berikut :-
i. Kehilangan berat badan melebihi 10% daripada berat badan di sepanjang tempoh kurang daripada enam (6) bulan (wasting syndrome);
ii. Kaposi Sarcoma;
iii. Pneumocystic Carinii Pneumonia;
iv. Progressive multifocal leukoencephalopathy;
v. Tuberculosis Aktif;
vi. Lymphocytes kurang daripada satu ribu (1000);
vii. Malignant Lymphoma.
Dalam kes tuntutan kecuali untuk PRUpayor basic, PRUspouse payor basic, PRUparent payor basic, PRUpayor PSA, PRUspouse payor PSA, PRUparent payor PSA, PRUwaiver, PRUspouse waiver, PRUparent waiver,
50% dari semua Manfaat yang berkenaan (sehingga jumlah maksimum
sebanyak RM500 000 ke atas mana-mana hayat di bawah polisi ini dan semua
polisi-polisi yang lain) yang kena dibayar berhubung dengan penyakit
ini akan dibayar. Baki jumlah akan dibayar
apabila berlaku kematian, hilang upaya penuh dan kekal atau didiagnosis
Penyakit Kritikal yang lain yang mana dahulu berlaku.
32. Lain-lain Penyakit Koronari Arteri Yang Serius.
Penyempitan
lumen pada sekurang-kurangnya tiga arteri utama iaitu Sirkumfleks,
Arteri Koronari Kanan (RCA), Arteri Menurun Anterior Kiri (LAD), ke
tahap minimum 60% atau lebih yang dibuktikan oleh arteriographi kronari.
Manfaat ini boleh dibayar tanpa mengira sama ada sebarang bentuk pembedahan koronari arteri telah dilakukan.
33. Pembedahan Otak.
Telah
menjalani pembedahan otak di bawah penggunaan anaestesia am dan
kruniotomi telah dilaksanakan semasa pembedahan tersebut dilakukan. Bur Hole & pembedahan otak akibat kemalangan adalah terkecuali.
34. Sindrom ‘APPALIC’.
Nekrosis kortex otak menyeluruh yang tidak menjejaskan pangkal otak. Diagnosis
mesti disahkan oleh seorang pakar neurology dan keadaan pesakit mesti
didokumentasikan selama sekurang-kurangnya satu (1) bulan.
35. Kecederaan Kepala Utama.
Kecederaan
fizikal di kepala yang menyebabkan fungsi yang ketara secara kekal
selama tempoh minimum tiga (3) bulan dari tarikh truma atau kecederaan.
Hasil kepincangan berfungsi kekal ini hendaklah disahkan oleh seorang
pakar neurology dan dipersetujui oleh Pegawai Perubatan Syarikat serta
menyebabkan hilang keupayaan melakukan sekurang-kurangnya tiga (3)
Aktiviti Harian Kehidupan yang berikut, sama ada dengan atau tanpa
menggunakan peralatan mekanikal, peranti khas atau lain-lain bantuan dan
penyesuaian yang digunakan untuk orang hilang upaya. Untuk
tujuan pembayaran manfaat ini, perkataan “kekal” ditakrifkan sebagai
tiada harapan untuk sembuh dengan menggunakan pengetahuan dan teknologi
perubatan semasa.
Aktiviti Harian Kehidupan yang dimaksudkan adalah :-
i. Pengalihan
Berkeupayaan untuk bangun dan duduk dari kerusi tanpa memerlukan bantuan fizikal.
ii. Pergerakan
Berkeupayaan bergerak dari bilik ke bilik tanpa memerlukan sebarang bantuan fizikal.
iii. Buang Air / Penggunaan Tandas
Berkeupayaan untuk mengawal fungsi system pembuangan air besar dan kecil secara semulajadi untuk menjaga kebersihan diri.
iv. Berpakaian
Berkeupayaan untuk memakai atau menanggalkan pakaian yang perlu tanpa memerlukan bantuan orang lain.
v. Mandi / Membasuh
Berkeupayaan
untuk mandi atau membersihkan diri (termasuklah kemampuan masuk dan
keluar untuk mandi) dan membersihkan diri dengan cara-cara lain.
vi. Makan
Semua usaha untuk memasukkan makanan yang telah di sediakan ke dalam tubuh badan.
36. Kehilangan Anggota Badan.
Putusnya
secara fizikal kedua-dua anggota badan pada atau atas pergelangan
tangan atau pergelangan kaki, yang menyeluruh dan tidak dapat
dipulihkan, atau satu anggota badan pada atau atas pergelangan tangan
atau pergelangan kaki akibat kecederaan.